Semasa muda dan pendidikan Paul Frommer

Frommer dilahirkan di New York City.[2] Dia berminat dalam bidang astronomi sejak muda, beliau menukar kolej major dari astrofizik kepada matematik, dan lulus dari Universiti Rochester dengan Sarjana Muda seni dalam bidang matematik pada tahun 1965. Beliau kemudian mengajar bahasa Inggeris dan matematik di Malaysia dalam bahasa Melayu di bawah Peace Corps. Beliau pernah belajar bahasa sebelum ini, tetapi pengalaman ini mengalih tumpuannya kepada linguistik. Beliau memulakan program kedoktoran dalam linguistik di Universiti Southern California (USC). Sepanjang program tersebut, beliau mengajar Bahasa Inggeris di Iran selama setahun pada pertengahan tahun 1970-an dan mengkaji bahasa Parsi[3] Beliau memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang linguistik di USC pada tahun 1981 di bawah Bernard Comrie; kedoktoran beliau ialah tentang aspek sintaksis Parsi dan bertajuk "Fenomena Lepas Lisan dalam Sinteks Parsi harian".[1]

Rujukan

WikiPedia: Paul Frommer http://www.2m.com.au/news_item.php?id=37 http://usoproject.blogspot.com/2009/11/interview-w... http://www.ew.com/ew/article/0,,20007998,00.html http://www.imdb.com/name/nm1018017/ http://www.nypost.com/p/entertainment/movies/how_t... http://www.rochester.edu/pr/Review/V72N4/04_featur... http://www.marshall.usc.edu/faculty/directory/from... http://marshallapps.usc.edu/portal/subapps/digital... http://uscnews.usc.edu/arts/paul_frommers_sounds_o... http://naviteri.org